TERKINI

6/recent/ticker-posts

Aktiviti Jom Baca Bersama Tahun 2020 - SK Sri Pantai, Lahad Datu, Sabah



Akvititi Jom Baca Bersama Tahun 2020 - SK Sri Pantai, Lahad Datu, Sabah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Alhamdulillah, warga Sekolah Kebangsaan Sri Pantai, Lahad Datu, Sabah menyertai aktiviti Jom Baca Bersama yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu pada 23 April 2020 (Khamis) dengan membaca selama 10 minit secara serentak di kediaman masing-masing iaitu bermula pada pukul 11:00 pagi sehingga 11:10 pagi.



Warga SK Sri Pantai yang terdiri daripada guru-guru, AKP, murid-murid prasekolah sehingga Tahun 6 dan ibu bapa/penjaga murid bersama-sama menjayakan aktiviti yang dianjurkan oleh KPM ini yang mana bertujuan untuk meneruskan kelestarian budaya membaca dalam kalangan masyarakat kita, dengan berhenti selama 10 minit sahaja untuk membaca sebarang bahan bacaan.


😊👏🏻📚 Kami, guru-guru SK Sri Pantai mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada murid- murid dan ibu bapa/penjaga kerana telah bersama-sama kami menyertai aktiviti yang dianjurkan ini.

Kami juga turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada ibu bapa/penjaga murid yang turut menyertai aktiviti ini serta menghantar gambar ahli keluarga (khususnya gambar anak-anak yang sedang membaca) di rumah masing-masing kepada kami.

Berikut merupakan gambar yang dikongsikan oleh warga SK Sri Pantai dalam bersama-sama menjayakan aktiviti Jom Baca Bersama:

MURID-MURID


































































GURU-GURU

Guru-guru bersama ahli keluarga membaca bahan-bahan bacaan di kediaman masing-masing

Cikgu Abdul Hamid bin Abdul Shukor

Cikgu Rudizan bin Senawi

Cikgu Mohd Hafizuddin bin Zinin





Cikgu Japirin bin Amit

Cikgu Nuralina binti Bacho


Cikgu Zamrina binti Samiron






Sekali lagi, kami mengucapkan tahniah dan jutaan terima kasih atas kerjasama daripada anda semua dalam menyertai aktiviti Jom Baca Bersama anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia.

#JomBacaBersama #SabahMembaca #PerpustakaanNegeriSabah

- MEMBACA JAMBATAN ILMU -

Catat Ulasan

0 Ulasan