SEKOLAH KEBANGSAAN SRI PANTAI, LAHAD DATU, SABAH

Kejohanan Bola Tampar Bawah 12 Tahun Peringkat MSS Daerah Lahad Datu Tahun 2020


Kejohanan Bola Tampar Bawah 12 Tahun Peringkat MSS Daerah Lahad Datu Tahun 2020

Tarikh: 30 - 31 Januari 2020
Tempat: Gelanggang Serbaguna Kelab Sukan Teluk Darvel, Lahad Datu

Kejohanan Bola Tampar 12 Tahun ke bawah MSSD Lahad Datu ini merupakan anjuran Pejabat Pendidikan Daerah Lahad Datu di bawah kelolaan Sekolah Kebangsaan Sri Pantai yang diketuai oleh Puan Jannah binti Madullah, Guru Besar dan dibantu oleh Puan Jumaini binti Hj. Sulaiman selaku Penolong Kanan Kokurikulum SK Sri Pantai.

Warga SK Sri Pantai

Berikut merupakan Ahli Jawatankuasa Kerja bagi pertandingan ini:



Tahniah diucapkan kepada pihak yang terlibat dalam pengurusan dan pengendalian pertandingan ini.

Tahniah juga diucapkan kepada pasukan sekolah dan jurulatih serta guru pengiring SKSP yang telah mewakili sekolah dalam pertandingan ini kerana telah mendapat PINGAT PERAK (TEMPAT KEDUA) bagi kategori lelaki.

Pasukan Bola Tampar yang telah mewakili SKSP bagi tahun 2020. TAHNIAH!

Anak-anak didik yang mewakili sekolah dalam kejohanan ini adalah seperti berikut:
  1. Azwan bin Kumsih dari kelas 6 TERATAI
  2. Muhammad Zikrie bin Abdul Muid dari kelas 6 TERATAI
  3. Aiemansyah bin Sudirman dari kelas 6 SEROJA
  4. Fadhrul bin Mustapha dari kelas 6 TERATAI
  5. Muhammad Aliqmal bin Abdul Mulok dari kelas 6 SEROJA
  6. Riechard RidduanShah bin Abdul Razak dari kelas 6 TERATAI
  7. Muhammad Jabrullah bin Japirin dari kelas 6 SEROJA
  8. Shyaik Shairul bin Abdul Siak dari kelas 6 TERATAI
  9. Muhammad Rammudzri bin Abdullah dari kelas 6 TERATAI
  10. Muhammad Aldrimal bin Abdullah dari kelas 5 MELATI
Berikut pula merupakan kedudukan tempat dalam kejohanan ini mengikut kategori (TAHNIAH ATAS KEJAYAAN ANDA SEMUA):

KATEGORI LELAKI

1. SK Tambisan (JOHAN)
2. SK Sri Pantai (NAIB JOHAN)
3. SK Pekan (TEMPAT KETIGA)
4. SK Lahad Datu 3 (TEMPAT KEEMPAT)

KATEGORI PEREMPUAN

1. SK Cenderawasih (JOHAN)
2. SK Pekan (NAIB JOHAN)
3. SK Tanjung Labian (TEMPAT KETIGA)
4. SK Sahabat 2 (TEMPAT KEEMPAT)

Pasukan Bola Tampar SKSP bersama Jurulatih, Encik Ruzidan bin Senawi

Aksi anak-anak didik SKSP
Peserta

Peserta yang juga merupakan pemenang (Pingat Emas) iaitu pasukan SK Tambisan. TAHNIAH!


Barisan urusetia pertandingan
























TAHNIAH

Sekali lagi, tahniah diucapkan kepada semua guru khususnya kepada guru-guru dan AKP yang telah bertugas sebagai urusetia yang telah bertungkus lumus dalam memastikan pertandingan ini dapat dilaksanakan dengan baik.

Tahniah juga ditujukan kepada jurulatih pasukan Bola Tampar SKSP iaitu Encik Ruzidan Senawi dan Encik Izzul Faizuan Jamaludin.

Seterusnya diucapkan tahniah kepada anak-anak didik yang telah mengharumkan nama sekolah SK Sri Pantai atas kejayaan mereka dalam pertandingan Bola Tampar Bawah 12 Tahun MSS Peringkat Daerah Lahad Datu bagi kategori lelaki yang mana telah mendapat pingat perak (TEMPAT KEDUA) dan terima kasih kepada ibu bapa/penjaga mereka atas kebenaran yang diberikan untuk anak-anak mereka mewakili sekolah.

Akhir sekali, jutaan terima kasih kepada pihak sekolah yang terlibat dalam kejohanan pada kali ini. Tanpa penyertaan daripada anda semua, kami tidak akan dapat melaksanakan kejohanan ini. Untuk itu, TERIMA KASIH.

Semoga kejayaan seperti ini akan sentiasa dikecapi oleh warga SK Sri Pantai. 

Post a comment

0 Comments