TERKINI

6/recent/ticker-posts

Penyerahan Mock Cheque daripada Shell Timur Sdn. Bhd. kepada Warga SK Sri Pantai


LAHAD DATU, SABAH - Alhamdulillah, sekolah kita, SK Sri Pantai telah mendapat sumbangan daripada pihak Shell Timur Sdn, Bhd iaitu sebanyak RM11,800.00

Penyerahan Mock Cheque ini berlangsung di Shell Fajar Lahad Datu yang mana telah diserahkan sendiri oleh En. Shairan Huzani Husain, Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn. Bhd. dan Shell Timur Sdn. Bhd. kepada Puan Jannah Madullah, Guru Besar SK Sri Pantai.

Puan Jannah binti Madullah, Guru Besar SK Sri Pantai menyerahkan cenderamata kepada Encik Shairan Huzani Husain, Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn. Bhd. dan Shell Timur Sdn. Bhd.

Penyerahan ini berlangsung pada 6 Disember 2019 (Jumaat) bermula pada pukul 11:30 pagi yang mana turut dihadiri oleh:
  1. Encik Yakub bin Tuarang, Pengurus Daerah (Pantai Timur) Shell Sdn. Bhd.
  2. Encik Mujad bin Nanang, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Sri Pantai
  3. Guru-guru SK Sri Pantai
  4. Staf-staf Pengurusan daripada Shell Pantai Timur
  5. Pengendali Van Jenazah Komuniti Lahad Datu
Pengendali Van Jenazah Komuniti Lahad Datu juga mendapat sumbangan iaitu tajaan minyak ShellFuelsave Diesel untuk van jenazah bagi tempoh 1 November 2019 sehingga 30 Oktober 2020.


Difahamkan, sumbangan ini akan digunakan untuk projek membaik pulih bangunan sekolah, peruntukan untuk murid-murid Tahun Enam (2020) bagi Program Peningkatan Pencapaian UPSR dan agihan bantuan barang-barang persekolahan kepada anak-anak didik berstatus yatim piatu.


Sehubungan dengan itu, kami warga SK Sri Pantai mengucapkan JUTAAN TERIMA KASIH kepada pihak penyumbang, Shell Timur Sdn. Bhd. atas sumbangan ini untuk anak-anak didik kami. Semoga dengan sumbangan ini, Sri Pantai terus maju dan berkualiti demi kemenjadian murid dan kualiti pendidik di sekolah kami.


TERIMA KASIH SHELL TIMUR SDN. BHD.
DARIPADA KAMI, WARGA SK SRI PANTAI.

Catat Ulasan

0 Ulasan