TERKINI

6/recent/ticker-posts

Penyerahan Bantuan Pakaian Sekolah Sumbangan Petronas Sdn. Bhd


Penyerahan Bantuan Pakaian Sekolah Sumbangan Petronas Sdn. Bhd.


Alhamdulillah, Bantuan Pakaian Sekolah dapat disalurkan kepada murid-murid SK Sri Pantai bagi tahun 2020. Penyerahan bantuan ini di bawah kelolaan Puan Sofiah binti Suhailee, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK Sri Pantai yang telah dilaksanakan pada ketetapan yang berikut:

Tarikh: 15 Januari 2020 (Rabu)
Masa: 10:30 pagi - 12:00 tengah hari
Tempat: Bilik Gerakan SK Sri Pantai, Lahad Datu, Sabah

Untuk makluman, Bantuan Pakaian Sekolah ini merupakan bantuan yang disumbangkan oleh badan bukan kerajaan (Non-Goverment Organisation) iaitu daripada Petronas Sdn. Bhd yang mana seperti berikut:
  1. Pakaian sekolah (putih) sebanyak dua helai
  2. Kasut sekolah (hitam) sebanyak satu pasang
Seramai 15 orang murid telah mendapat bantuan ini yang mana terdiri daripada penerima bantuan e-Kasih. Bantuan ini telah disampaikan oleh Puan Jannah binti Madullah, Guru Besar SK Sri Pantai kepada ibu bapa dan penjaga murid-murid yang berkenaan.



Untuk itu, warga sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada Petronas Sdn. Bhd atas pemberian sumbangan ini. Insya-Allah, sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu dalam penyediaan keperluan asas murid-murid berkenaan untuk mengikuti aktiviti persekolahan dengan lebih baik.










Majlis Penyerahan Bantuan Pakaian Sekolah ini juga dihadiri oleh Cik Soselawati binti Arsad, Anggota Kumpulan Pelaksana SK Sri Pantai dan Encik Mohd Suhaimin bin Isnen, guru SK Sri Pantai.





Catat Ulasan

0 Ulasan