TERKINI

6/recent/ticker-posts

Program Jom Baca Bersama Tahun 2021 - SK Sri Pantai, Lahad Datu, Sabah


Program Jom Baca Bersama Tahun 2021 - SK Sri Pantai, Lahad Datu, Sabah.



Akvititi Jom Baca Bersama
Tahun 2021
SK Sri Pantai, Lahad Datu, Sabah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Alhamdulillah, untuk tahun yang kedua sepanjang pandemik Covid-19, tidak menjadi penghalang bagi warga Sekolah Kebangsaan Sri Pantai, Lahad Datu, Sabah menyertai aktiviti Jom Baca Bersama bagi tahun ini (2021) yang dianjurkan oleh Perpustakaan Negara iaitu pada 22 April 2021 (Khamis) dengan membaca selama 10 minit secara serentak di kediaman masing-masing iaitu bermula pada pukul 11:00 pagi sehingga 11:10 pagi.

Pada tahun ini (2021), slogan untuk Program Jom Baca Bersama ini "Baca itu Terapi".

Tahniah diucapkan kepada Puan Harijah Omar Basa (Guru Perpustakaan dan Media - GPM) yang merupakan penyelaras bagi menjayakan program ini di peringkat sekolah SK Sri Pantai pada tahun ini.

Warga SK Sri Pantai yang terdiri daripada guru-guru, AKP, murid-murid prasekolah sehingga Tahun 6 dan ibu bapa/penjaga murid bersama-sama menjayakan aktiviti yang dianjurkan oleh KPM ini yang mana bertujuan untuk meneruskan kelestarian budaya membaca dalam kalangan masyarakat kita, dengan berhenti selama 10 minit sahaja untuk membaca sebarang bahan bacaan.

😊👏🏻📚 Kami, guru-guru SK Sri Pantai mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada murid- murid dan ibu bapa/penjaga kerana telah bersama-sama kami menyertai aktiviti yang dianjurkan ini.

Kami juga turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada ibu bapa/penjaga murid yang turut menyertai aktiviti ini serta menghantar gambar ahli keluarga (khususnya gambar anak-anak yang sedang membaca) di rumah masing-masing kepada kami.

Berikut merupakan gambar yang dikongsikan oleh warga SK Sri Pantai dalam bersama-sama menjayakan aktiviti Jom Baca Bersama bagi tahun ini (2021) :





















































Semoga bahan bacaan yang kita telah baca ini dapat memberikan  manfaat serta dapat kita aplikasikan dalam kehidupan seharian kita.

Sekali lagi, kami mengucapkan tahniah dan jutaan terima kasih atas kerjasama daripada anda semua dalam menyertai aktiviti Jom Baca Bersama anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia.

#JagaDiri #KitaJagaKita

#JomBacaBersama #BacaItuTerapi #2021

- baca, fikir, amal -

Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. Dapatkan bacaan tambahan di sini https://faizalmenulis.wordpress.com/buku/

    BalasPadam