TERKINI

6/recent/ticker-posts

Hari Anugerah Kecemerlangan Sekolah Sesi 2022/2023


Hari Anugerah Kecemerlangan Sekolah Sesi 2022/2023 peringkat SK Sri Pantai ini telah berjaya dirasmikan oleh Encik Mujad bin Nanang, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa - Guru SK Sri Pantai pada 9 Februari 2023 di Dewan Tertutup SK Sri Pantai.

Hari Anugerah Kecemerlangan ini merupakan program tahunan SK Sri Pantai Majlis ini bertujuan untuk menyampaikan hadiah dan anugerah khas kepada para pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan sepanjang tahun. Selain itu juga anugerah ini turut diberikan kepada guru yang memberikan khidmat cemerlang sepanjang tahun ini. Dalam pada itu juga tokoh pelajar dan tokoh ibubapa akan diberikan anugerah khas sempena hari anugerah cemerlang ini. 

RASIONAL
  1. Menjadi perangsang kepada murid-murid supaya berusaha bersungguh-sungguh dalam pelajaran.
  2. Menimbulkan rasa minat di kalangan murid-murid untuk terus cemerlang dan berjaya dalam bidang akademik dan kokurikulum.

MATLAMAT
  1. Melahirkan pelajar yang cemerlang, berkualiti dan berwawasan.
  2. Mempertingkatkan amalan mencintai ilmu dalam diri murid-murid
  3. Melahirkan murid-murid yang mempunyai semangat juang yang tinggi dalam bidang kokurikulum.

OBJEKTIF

  1. Memberikan penghargaan dan pengiktirafan kepada murid-murid yang cemerlang dalam bidang kurikulum, HEM dan Ko-kurikulum.
  2. Memberikan penghargaan kepada guru-guru dan AKP yang memberikan komitmen yang tinggi terhadap tugas dan menyumbangkan sepenuh tenaga   kepada sekolah ini.
  3. Memberikan pengiktirafan kepada ibubapa yang sentiasa memberikan komitmen dan kerjasama yang sepenuhnya terhadap kecemerlangan pendidikan anak-anak semasa di sekolah dan di rumah.
PENUTUP

Adalah diharapkan segala persiapan dan persediaan untuk melaksanakan program ini akan berjalan dengan lancar serta penuh jayanya. Segala kerjasama dan komitmen serta sumbangan daripada semua pihak sama ada yang terlibat secara langsung atau tidak langsung adalah merupakan titik permulaan bagi menuju ke arah kecemerlangan anak-anak didik kita yang mana suatu hari nanti merupakan pemangkin dan pemimpin pada masa hadapan.

Catat Ulasan

0 Ulasan