TERKINI

6/recent/ticker-posts

Program Minggu Pertama Persekolahan SK Sri Pantai Sesi 2023/2024

Pengenalan

Pengurusan pembukaan sekolah KPM bagi setiap sesi akademik sewajarnya berjalan dalam suasana ceria, mesra dan selamat. Perkara ini selaras dengan hasrat KPM untuk melahirkan Anak yang Baik lagi Cerdik (ABC) dan sekali gus mewujudkan suasana "Murid Ceria, Guru Bahagia, Sekolah Bitara dan Negara Sejahtera".

Minggu pertama persekolahan seharusnya dimanfaatkan dengan pelaksanaan program/aktiviti menyeronokkan yang dapat menyokong murid dan guru bersedia sepenuhnya dari aspek sosioemosi dan mental untuk melaksanakan proses pendidikan formal. 

Sehubungan dengan itu, sekolah ini (SK Sri Pantai) menyahut saranan Kementerian Pendidikan Malaysia dengan melaksanakan program ini bermula pada 20 sehingga 24 Mac 2023 iaitu selama lima (5) hari dengan pengisian aktiviti yang sesuai dan berdasarkan objektif yang dinyatakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 5 Tahun 2023.

Objektif

  1. Mewujudkan suasana ceria, selamat, bermakna dan terancang;
  2. Mempunyai nilai pendidikan dan berinformatif;
  3. Merupakan sebahagian pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang dapat memupuk nilai
  4. Mewujudkan komunikasi berkesan melibatkan murid, guru, ibu bapa atau penjaga dan komuniti;
  5. Memupuk sikap bekerjasama dan persefahaman yang erat antara murid, guru, ibu bapa atau penjaga dan komuniti; dan
  6. Memupuk perpaduan dalam kalangan murid pelbagai kaum dan latar belakang sosioekonomi.
  7. Program transisi tahun satu 2.0 bagi murid tahun 1 dan program sekolah penyayang hendaklah diteruskan dan disesuaikan dengan konsep seperti perkara 6. Program yang bersifat mendidik berkaitan dengan budaya sekolah, kurikulum, hal ehwal murid dan kokurikulum juga boleh dilaksanakan mengikut kesesuaian.

Aktiviti Program


Aktiviti yang dilaksanakan adalah seperti berikut:



Gambar Sepanjang Majlis Penutupan Program Minggu Pertama Persekolahan SK Sri Pantai Sesi 2023/2024

24 Mac 2023 (Jumaat)

1. Jom ke Sekolah











Catat Ulasan

0 Ulasan