SEKOLAH KEBANGSAAN SRI PANTAI, LAHAD DATU, SABAH

SEKOLAH KEBANGSAAN SRI PANTAI, LAHAD DATU, SABAH


Sekolah Kebangsaan Sri Pantai atau nama ringkasnya SK Sri Pantai merupakan sebuah rendah (Sekolah kebangsaan) yang terletak di Peti Surat 60684 dalam daerah Lahad Datu Zon Tungku.

Setakat ini, Sekolah Kebangsaan Sri Pantai memiliki 27 orang guru dan 350 orang murid (data terakhir dikemas kini pada 26 November 2019).

SEJARAH

Sekolah Kebangsaan Sri Pantai mula dibuka pada Januari 1979 atas nama SRK Makuou. Pembinaan sekolah ini dimulakan pada 1978 dan antara pekerja yang terlibat dalam pembinaannya ialah Pakcik Gulam yang kini menjadi Imam Kariah di Kg. Sibural, Jalan Tungku Lahad Datu. SRK Makuou terletak kira-kira 33 batu dari pekan Lahad Datu.

Guru Besar pertama SRK Makuou ialah Cikgu Hashim Hj. Zainuddin berbangsa Bajau, yang kini sudah bersara. Cikgu Hashim mengendalikan SRK Makuou seorang diri selama satu tahun satu penggal, apabila dua orang guru tambahan yang dilantik secara Guru Sandaran melapor diri untuk bertugas pada penggal kedua sesi persekolahan 1980. Selama satu tahun satu penggal itulah, iaitu dari Januari 1979 hingga Mac 1980, Cikgu Hashim bukan sahaja memikul tugas dan tanggungjawab sebagai Guru Besar, tetapi beliau juga menjadi guru yang mengajar semua subjek, menjadi Ketua Kerani dan Kerani sekolah, Penasihat dan Setiausaha Kerja PIBAGU (PIBG) serta tukang kebun. Mungkin ramai yang tidak percaya tetapi itulah hakikatnya.

Dua orang guru tambahan pertama ialah Cikgu Annie berbangsa Bajau dari Kg. Bangingud, Tungku, Lahad Datu, dan Cikgu Datu Mohd Shah bin Datu Parail berbangsa Idahan dari Kg. Sapagaya, Lahad Datu.

Pada 1981, beberapa orang guru terlatih telah ditempatkan di SRK Makuou selepas mereka menamatkan pengajian dari maktab perguruan. Mereka adalah Cikgu Salleh bin Musa (Maktab Perguruan Sandakan), berbangsa Bajau berasal dari Semporna, Cikgu Mat Juni (Maktab Perguruan Sandakan), berbangsa Bajau juga berasal dari Semporna dan Cikgu Juprin Imig (Maktab Perguruan Kent) berbangsa Kadazan berasal dari Papar. Selepas itu pada 1982, menyusul Cikgu Norin berbangsa Kadazan juga berasal dari Papar dan merupakan isteri kepada Cikgu Juprin dan Cikgu Yunus yang berasal dari Beaufort.

Guru Besar SRK Makuou telah bertukar pada 1983 apabila Cikgu Kassim bin Tahi yang sebelum itu bertugas di SRK Sri Darun, Tungku dilantik menjadi Guru Besar SRK Makuou yang baru manakala Cikgu Hashim Hj. Zainuddin ditukarkan ke SRK Binuang, Jalan Tengah Nipah Lahad Datu.

Murid-murid SRK makuou pertama kali mengikuti peperiksaan Penilaian Darjah Lima pada 1982. 

Nota: Peperiksaan Penilaian Darjah Lima adalah peperiksaan kerajaan yang kemudian digantikan dengan UPSR dalam Kurikulum Baru Sekolah Rendah KBSR yang kini dinamakan sebagai Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang mana merupakan antara komponen bagi Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR).

Pada 9 Januari 2010, Sekolah Kebangsaan Sri Pantai mengalami kebakaran yang memusnahkan sebuah blok bangunan yang menempatkan dua bilik asrama serta bilik warden.

ALAMAT

Sekolah Kebangsaan Sri Pantai,
Peti Surat 60684
91116, Lahad Datu


Sabah, Malaysia

Post a comment

0 Comments